Monday 19 February 2024

Aidilfitri pula..

Baru settle meeting dengan Raymond and Angel untuk add Aidilfitri..semoga ada idea untuk buat pantun raya!

Monday 19 June 2023

Obesiti

OBES? Takut gila wehh aku dengar perkataan obes ni. Aku tau aku dah masuk tahap obes tapi still bernasib baik sebab ada kesedaran walaupun tidak 100 peratus mampu buat. So sebab tu aku gigih/gagahkan diri pi berenang dua kali seminggu. Percaya dak, separuh penduduk dewasa di Malaysia ni mengalami obes, arghhh ngeri! Ketua Unit Pembedahan Gastrointestinal Atas, Metabolik dan Bariatrik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Nik Ritza Kosai, berkata obesity sebahagian besar individu dewasa di negara ini mengelami obesity. “Obesiti menjadi satu pandemik di Malaysia dengan 50.1 peratus populasi dewasa mengalami berat badan berlebihan, di mana dari jumah itu, sebanyak 19.7 peratus adalah obes; dengan prevalens keseluruhan sebanyak 18.3 peratus untuk diabetes. “Lebih membimbangkan, menjelang 2035, 41 peratus rakyat Malaysia dijangka mengalami obesiti dan ini akan memberi impak kepada kos penjagaan kesihatan keseluruhan negara,” katanya pada majlis makan malam kempen berkenaan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Biar ada ilmu...

Zaman sekarang, content creator atau bahasa Malaysia sebut 'pencipta kandungan/bahan" dah jadi satu kerjaya, cuma tak ada pay slip je. Ramai, berderu-deru anak muda jadi content creator, ada yg bagus contentnya, ada yg ntah hapa-hapa dan ada juga yg so so. Aku baca mana yg aku rasa bermanfaat dan yg content macam '$#@^&*' tu aku ignore jelah. Apa yg aku nak cakap, kalau nak jadi content creator, kena ada ilmu ya dik. Jangan nak buat silat pukul angin bodohkan follower sbb follower pun ada mata, ada fikiran. Apa ke jadah silat bawa kuali sepak angin..aku tengok pun pelik!

Saturday 3 June 2023

Happiness

Bila ada orang tanya apa aku buat untuk mengatasi sunyi dalam hidup? Kalau aku kata tak sunyi tu tipu sangat laa kan. Aku pun wish aku boleh tolong dorang yang sunyi dalam kehidupan mereka, tapi life kita berbeza. Jadi tak dapatlah aku nak tolong. Lagipun aku biasa dengar "i choose happiness" yg pada aku bila kita pilih 'happiness' tu maka kita kena create, kena buat, kena cari ke arah itu. So, happiness aku adalah benda kat dalam pic ni, yg selalu aku buat..bila masuk dalam air tak de benda lain dah nak fikir, tak de nak overthinking benda lain dah. Yang aku ingat adalah nyawa..

Orang diet, aku pun diet..

Orang diet, aku pun nak diet. Orang diet ada coach, aku diet aku jugalah coach. Tapi Alhamdulillah aku ada sedikit ilmu, jadi tak la diet membuta tuli. Nak buat apa-apa sekalipun, kena ada ilmu. Aku tak berapa mampu nak hire coach, kalau ada budget sekalipun aku prefer guna duit tu untuk beli food bagi memenuhi keperluan nutrition aku yang buat diet rendah kalori. Cakap pasal diet, sama la kesnya dengan lelaki yg berazam nak berhenti merokok aku rasa. Cakap senang bhaii tapi mampu dak nak buat atau berhenti merokok itu jam. Itulah juga yg aku rasa. Dah berzaman nak turunkan berat badan, dah berkurun dah kumpul semangat tapi adooo, seminggu dua je lepas tu ke laut lepas. Tak pe, kali ni aku kena buat betul-betul dah sebab tak mahu Doc Nadiah tambah dos ubat untuk BP aku..tq laa Doc bagi kepercayaan untuk teruskan medication dengan dos yg sama sejak dulu. Bagi peluang aku reduce weight dulu ya, aku tak nak la tambah dos ubat lagi. Haub rasanya nak telan ubat pahit tu..bluerkkk!

Kari bendi untuk hari ni..

Pantang teringin, memang kena buat. Minggu lepas Coach Dill buat kari ayam tanpa santan untuk anak dia, aku pulak yang terliur. Petang ni gigih buat kari bendi tanpa santan, menu yang diubahsuai untuk keperluan diet. Jadilah untuk diri sendirin bukan nak bagi orang lain makan pun, so sedikit tawarlah kalau nak compare dengan kari mamak nun..

I have nothing to chase..

Dua tiga hari lepas, ternampak satu entry by @ayiematpiah. Tak kenal pun sapa budak ni tapi entry dia menarik perhatian sebab dia sinis pasal perempuan yang nak kurus, lepas tu tak juga kurus. Kau ketawa-ketawa ye Ayie pasal perempuan yg nak kurus ni, tak pe kau tengok Akak diet nanti sure kau terperanjat kan apa metode aku buat untuk buktikan lepas dua bulan berat badan boleh dikurangkan. Akak doa kau dapat girlfriend badan cantik macam model tau.. Rasa terpanggil gila dengan ketawa dak Ayie ni, tak pe aku jadikan booster. Tak de nak chase sesapa pun macam aku selalu cakap (pada diri sendiri) i've nothing to chase/proof but myself, i've nobody to please but Allah. Kau tunggu ya Ayie..tq bagi akak semangat walaupun kau tak pernah kenal akak pun..

Im back!

After more than 3 years and long hiatus, suddenly the feeling came and decided to start writing. Bismillah..

Monday 9 March 2020

Insaf setelah nyawa terancam!

Baru sedar diri rupanya, setelah bertahun hidup dengan dua perkara ini, baru hari ini saya rasa betul-betul sedar diri. Itu pun setelah BP naik 170/100 dan gula dalam darah pula tahap 13, tinggi gila...ngeri pula rasa.

Setiap kali jumpa doktor, berbuih mulut doktor nasihatkan saya, betullah orang cakap selagi tak bertembung dengan sesuatu yang menginsafkan, selagi itulah kita tak akan dengar cakap orang yang lebih tahu.

Jadi kes saya ini ialah 'berasa insaf setelah nyawa terancam,' haa tajuknya over sikit kan tapi ini adalah kebenaran. Jika saya tidak ambil tindakan atau langkah proaktif terhadap keadaan kesihatan ini, tidak mustahil esok lusa saya PADAM! Tapi disebabkan saya nak hidup lama lagi (sambil berdoa dan memohon pada yang di atas supaya bagi saya peluang atau extra usia) maka saya berusaha untuk kurangkan berat badan supaya reading BP cantik dan begitu juga dengan gula. Ini kerana saya nak travel lagi, nak naik Gunung Kinabalu, nak buat horse riding dan yang paling saa nak buat ialah pakai baju kebaya Kota Bharu raya ni..hehe ada beran!

Oleh itu setiap Selasa dan Khamis saya akan ke kolam renang dan teliti food intake setiap hari. Minima kalori yang sesuai dengan berat saya ialah 1,531 cal setiap hari. jadi saya kena pastikan apa yang saya ambil untuk hari ini, jumlah calorinya tidak melebihi 1,531..ok small matter. You can do it Shasha!

Thursday 16 January 2020

Beard Brothers BBQ punya penangan!

Mai nak share pasal restoran kat Tropicana ni, u all sure pernah dengar pasal Beard Brothers BBQ ini yang menawarkan hidangan ala Texas dan memang style dia orang serve makanan pun sebiji macam korang makan di sebuah restoran di Texas. Maksud aku, depa hantar makanan yang dipesan agak ambil masa sebab depa masak masa tu juga bila kita order.

Maknanya makanan yang korang makan tu fresh dan segar dari ladang, bila fresh maksudnya korang makan yang terbaiklah kan. Tapi aku ok je depa hantar lambat pun sebab mostly menu yang dia orang buat tu sedap dan kena dengan tekak aku. So semalam sempat p food testing kat Beards Brothers Deli ni. Gigih aku temankan bos untuk buat food testing.

Korang suka ramen tak? Aku dah tentu suka segala macam ramen, maggi atau spaghetti. Aku test dua jenis ramen. Beef Ramen dan Chicken Ramen

Kalau ikut taste aku, beef ramen Beard Brothers ni sedap wehhh..beefnya tender and juicy..aku tak makan daging sebab aku rasa macam tak berapa best je kebanyakan daging yg pernah aku cuba tapi yg beef ramen kat sini memang highly recommend. Sup pun sedap, katanya sup tu dibroth selama 14 jam dan kalau ikut apa yang aku tahu, lagi lama masak lagi sedap..cuma dari aspek zat tu mungkin tak berapa banyaklah sebab dah terlalu lama atas dapur kan tapi beef tu memang ada umphh la korang. presentation pun not bad sebab depa letak dried nori, roasted sesame seed dan spring onion. Ada juga sebelah soft boil egg which is added value laa pada beef ramen depa ni. Confirm tak mengecewakan kalau korang p makan dengan family atau awekss.

Nazri Jameson, owner Beard Brothers BBQ yang menawarkan hidangan style Texas.
Yang belah kanan tu parner dia. Menu yang depa offer ni memang berbaloi untuk dicuba.
Apa kata korang ajak akwan-kawan gi makan sini weekend ni, tak mengecewakan uols!
Dalam kes aku ni, aku suka chicken tapi bila dah makan beef ramen hat depa serve mula-mula ni aku rasa chicken ramen tak berapa best pulak sebab dah tertarik dengan beef ramen. Tapi bagi penggemar chicken pasti sedap la weii.Presentation sama ja dengan beef ramen cuma rasa tentulah ada beza sbb hat tu beef, hat ni chicken. Jadi korang boleh pilih mana yg korang suka.
Beef Ramen Beard Brothers BBQ yang aku kata sedap tu. Cer tengok kuah tu betu-betul korang,
sila bayangkan rasanya yang sedap, kena je bila sampai kat lidah kau dan soft boil egg tu memang bagi nilai
tambah pada menu ini selain smoke beef yang bagi aku, mengembalikan nostalgia macam makan sup daging
yang mak aku masak guna kayu api. Korang telan air liur aku tak bertanggungjawab ek..
Chicken karage yang hadsome je aku nampak, memang rasa pun smart juga. Ibarat kata
kalau ini adalah pak we, memang sesuai untuk disambar. Segak je bila kau kunyah slowly..ada rasa
ayam goreng yang sangat mulia..ehh ayam goreng pun mulia ke?
 Chicken karage ni memang meletopss sebab depa serve panas-panas dan crispy sangat isi ayam yang depa bagi. Disertakan juga dressing dan aku lebih suka cecah dengan cili oil depa yang rangup dan terasa pedasnya tu.
OK ini sandwich BB New York Pastrami dan London Salt Beef . Kedua-duanya aku suka
sebab depa guna sourdough rye bread..roti artisan yang sangat sedap bagi aku.

Lagi satu yang aku try ialah BB New York Pastrami. Ini pun awesome juga sebab depa guna sourdough rye bread yang mana aku memang suka makan sourdough bread. Boleh dikatakan presentation depa ni artisan sangat. Sourdough depa pun dah terlebih artisan bagi aku sebab roti tu memang sedap..tapi kalau korang tak makan sourdough mungkin kat tekak korang roti ni x best. But if u asking me about sandwich ni, pun aku bagi ibu jari sebab sourdough dan beef smoke yang  dihidangkan memang rare. Bersama BB New York Pastrami ni, ada London Salt Beef Sandwich..bezanya sikit ja, beef tu depa slow cooked selama 5 jam sebelum dihiris untuk dimasukkan ke dalam lapisan sandwich.
Guys ini mac n cheese depa yang sedap, petite and yummylicious!
Mac & cheese depa ok je. Kecik comei macaroni yang digunakan, buat aku rasa macam kanak-kanak pula makan mac & cheese cute mute tu hahaha

Ehh korang kena try juga cream coffee kat sini yang rasanya berbeza sangat dengan coffee kat cafe lain. Kopi depa ni satu macam sedap oo..dah la depa serve kopi dalam botol comel, label cantik dan paling kebabom kopi tu sendiri pun sedap rasa sebab depa guna Ireland Cream, brew dalam tempoh yang lama. Jadi aku rasa inilah rahsia kenapa kopi depa ni sedap.
Apa yang special pasal kopi ini ialah Ireland cream yang digunakan
dalam pembuatannya. Ada rasa creamy, milky dan yg penting kau tak akan
rasa masam atau pahit lepas minum kopi ni.
Oklah tak mau cakap lebih-lebih sebab citarasa dan selera korang mungkin tak sama dengan aku, tapi seriously tak mengecewakan kalau korang makan ramen kat sini, dan kopi tu plssss korang kena cuba juga.

Monday 9 December 2019

Mimpi...

Catatan asal: 2 Mei 2018
Saya bukan jenis manusia yang kerap bermimpi. Kalau bermimpi pun sebab terlalu letih dan mengarut. Saya anggap mimpi itu berlaku apabila kita terlalu menginginkan sesuatu itu berlaku dalam hidup dan apabila perkara berkenaan bermain dalam fikiran, maka ia akan terbawa-bawa ke dalam tidur atau mimpi. Dalam tempoh dua bulan ini, ada tiga mimpi yang mengasak minda saya. Bagaimanapun hanya dua sahaja yang saya dapat ingat dengan jelas. Biar saya perincikan apa yang sedang membuatkan adrenalin saya sentiasa rush dan apakah mimpi yang dialami itu.

Situasi 1:
Sepatutnya awal Mei lalu, saya berlepas ke UK untuk aktiviti back pack travel yang sudah banyak kali saya lakukan. Entah kenapa, setiap kali rakan di sana bertanya bila nak beli tiket, saya bagi jawapan nanti dulu. Seronok tu memang seronok kerana saya pernah bekerja dan menetap di UK selama hampir setahun. Jadi, andaikata saya jadi terbang ke sana, ia seperti satu reunion untuk kami berkumpul (dengan beberapa rakan yang sama kepala dengan saya, mengembara sambil bekerja jika berpeluang). Memang dalam fikiran, saya sudah merancang apa yang saya boleh buat  untuk dapatkan duit. Ok sepatutnya begitulah yang berlaku..berangan tak habis dengan aktiviti yang sepatutnya.

Mimpi yang saya alami:
Saya bawak keta warna putih dan memandu di sebatang jalan yang lurus. Apa jenis keta entah saya pun tak ingat, lagipun dalam mimpi..ingat-ingat lupa. Sedang elok bawa keta tu, tiba-tiba rasa nak patah balik dan saya lihat cermin depan dan cermin sisi, tak de kereta, jalan clear. So saya buat tindakan pantas berpusing 180 darjah disebabkan rasa nak patah balik semula kan. Confirm jalan clear..konon macam jalan selebar-lebarnya itu saya yang punya. Tiba-tiba belum habis corner, kereta saya dilanggar dengan kuat dari belakang dan hancur terbarai, terbakar dan kalau ikut logik dengan saya sekali dah padam.

Ehh tiba-tiba saya rasa saya memandu dengan cool di jalan yang tenang dan bila saya memberhentikan kereta sambil menoleh ke belakang, sebuah kereta warna putih sedang terbakar dengan dahsyatnya dan jasad saya ada di dalam kereta itu. Habis tu saya yang sedang bawa kereta ni, apa kes??? Ya Allah rupa-rupanya roh saya sahaja yang tinggal kini dan saya maut dalam kemalangan.  Ya roh saya yang masih bawa kereta dan tiada sebarang luka. Menangis air mata darah sekalipun, saya tak akan hidup balik sebab jasad saya dah cedera teruk dalam kereta yang sedang terbakar. Saya belum rasa nak mati. Saya belum  bersedia untuk mati sebenarnya.

Sekarang tak ada sesiapa boleh lihat dan nampak saya sebab saya sudah menjadi roh. Sedangkan masih banyak yang saya mahu lakukan. Saya mahu berjumpa si polan untuk beritahu dia saya suka dia sampai akhir hayat, saya sanggup tunggu dia selama-lamanya dan kini saya sudah jadi jenazah pun, bagaimana nak bercakap dengannya? Saya masih belum puas berbual dengan Kak Long. Kakak sulung saya yang sentiasa ambil berat pasal saya yang jarang sangat pulang ke rumah. Saya masih belum puas bermesra dengan anak saudara yang seramai sembilan orang, berusia 7 tahun hingga 19 tahun. Mereka pun masih sentiasa menunggu kepulangan saya ke rumah pusaka emak.

Dalam termangu-mangu memikirkan bagaimanakah untuk saya bercakap dan memeluk mereka, saya terserempak dengan sekumpulan manusia yang dapat melihat kewujudan saya dalam bentuk roh. Saya boleh minta pertolongan mereka untuk kembali menjadi manusia. Namun puas merayu dan menerangkan apa yang saya alami, jawapan mereka ialah 'Tidak Boleh' kerana nyawa saya sudah diambil oleh Pencipta. Saya sudah meninggal dan tidak ada peluang untuk hidup semula kerana kata mereka kematian itu tidak boleh ditangguh kerana kematian itu tepat pada masanya seperti yang dijanjikan oleh Allah. Puas saya menangis memohon supaya saya diberi peluang untuk hidup semula memandangkan hajat saya belum kesampaian untuk berjumpa dia dan orang-orang yang saya sayang.

Kata mereka lagi, tak boleh kerana saya sudah meninggal dunia, memang buatlah apa sekalipun mereka tidak akan dapat melihat saya lagi. Allahhuakbar...ketika itu saya berasa seperti saya sudah sahih akan berlegar-legar sebagai roh yang tidak tahu ke mana hendak dituju kerana sepatutnya saya perlu naik ke dunia akhirat tapi rasa sayang pada kehidupan duniawi masih kuat dan manusiadi dunia pula tidak dapat melihat saya, jadi apakah yang boleh saya lakukan? Tak lain dan tak bukan ialah menunggu giliran untuk dihisab.

Ya..mimpi itu tamat di situ dan apabila saya terjaga, perkara pertama yang saya lakukan ialah meraba tubuh badan sendiri. Ahhh masih utuh. Dan saya masih hidup. Ya Allah, terima kasih kerana masih mahu mengurniakan saya kehidupan yang saya mahu..

Beberapa hari selepas mimpi ini saya alami, saya cancel plan nak back pack travel ke UK. Due to technical problem, baiklah saya tak ambil risiko.


Mimpi kedua:
Saya memang dah lama nak cabut gigi yang dah mula goyang dan reput. Jadi kononnya saya guna jari sendiri untuk cabut gigi. Tiba-tiba gigi atas dengan mudahnya tercabut dan tidak berasa sakit pun..confirm saya cabut sendiri gigi tu..apakah?


Dua mimpi ini benar-benar mengusik minda saya..

Aidilfitri pula..

Baru settle meeting dengan Raymond and Angel untuk add Aidilfitri..semoga ada idea untuk buat pantun raya!